Portal Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU 5

Matlamat & Objektif PDF Print E-mail

MATLAMAT

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran " SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2012"

 

OBJEKTIF

  • Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
  • Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
  • Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dalam usaha mencegah dadah.