Portal Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU 5

Inhalan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 25 October 2015 01:12

 

Inhalan adalah wap kimia yang boleh disedut menerusi pernafasan – menyebabkan kesan-kesan psikoaktif (mengubahminda). Orang ramai biasanya terdedah kepada inhalan namun ramai tidak menganggapnya sebagai dadah disebabkan  tujuan asalnya tidak begitu.

 

Dibahagikan kepada -  3 kumpulan utama :-

Kumpulan I  : sebatian organik meruap yang umum (seperti gam, penyembur dan pelarut)

Kumpulan 2 : nitrit meruap seperti  amil nitrit, butil nitrit, sikloheksil nitrit

Kumpulan 3 : Gas-gas ubat bius seperti nitrus  oksida (gas ketawa )

 

Produk-produk yang mengandungi sebatian organik meruap :-

1. Bahan kimia dobi, penanggal kotoran

2. Cat dan pencair cat

3. Pemetik api

4. "Liquid paper" dan lain-lain

 

Bahaya inhalan :

1. Memberi kesan yang sama seperti anestetik – memperlahankan fungsi badan

2. Apabila disedut, kesannya memabukkan; sedutan yang berterusan menyebabkan pengguna kurang rasa malu, kurang daya kawalan dan seterusnya hilang kesedaran

3. Sedutan kimia berkonsentrasi-tinggi yang terdapat dalam bahan pelarut seperti fluorocarbon dan gas butane menyebabkan kegagalan jantung dan kematian

4. Kematian disebabkan sesak nafas – Pengeluaran oksigen dari paru-paru dan sistem saraf pusat mengakibat pernafasan terhenti

 

Tanda-tanda penyalahgunaan inhalan:-

1. Sikap tidak ambil peduli atau murung

2. Bau nafas yang luar biasa atau bau bahan kimia pada pakaian

3. Pertuturan yang tidak jelas Mabuk, pandangan yang kacau atau bingung

4. Tanda-tanda cat pada muka atau jari

5. Mata yang merah atau berair, hidung berdarah

6. Tompok dan/atau kudis di keliling mulut

7. Pengguna inhalan yang kronik memaparkan tanda-tanda kerisauan, keseronokan, keradangan atau kegelisahan

Last Updated on Sunday, 25 October 2015 03:40