SMK BATU 5

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 5

Selaku peneraju utama sekolah, Tuan Pengetua bertekad untuk menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 5 sebahagian daripada organisasi yang menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan demi kemenjadian murid. Selaras dengan kerja berpasukan yang mantap mampu meringankan setiap beban tugas yang digalas serta dapat menimbulkan keseronokan bekerja.

Puan Zur’aiza Binti Abdul Hamid

Pengetua SMK Batu 5

photo_2024-07-04_09-27-49
photo_2024-07-04_09-29-15
photo_2024-07-04_09-48-37 (2)

Matlamat & Visi

Hasrat sekolah adalah untuk membentuk kemenjadian murid serta mempunyai visi untuk menjadi institusi pendidikan yang cemerlang melalui pelbagai program yang dijalankan. Sekolah ini juga aktif melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam pelbagai aktiviti untuk memastikan kecemerlangan pelajar tercapai.

SMK BATU 5

TS25

Program Transformasi Sekolah 2025 tersenarai dalam Kohort 7 yang bermula pada tahun 2023

Kepelbagian Bahasa

Pembelajaran subjek bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Tamil dan Mandarin

Pembelajaran Digital

Pembelajaran menggunakan bahan multimedia dan gajet juga dapat dicapai secara maya.

PLC SHOWCASE

Menerima Pingat Emas PPDKMY, Anugerah Pendigitalan PLC serta Terpilih sebagai Ikon PLC

Ko-Kurikulum

Meraih Naib Johan Acara Beregu B15 Kejohanan Badminton MSSK dan berjaya mara ke Suku Akhir Acara Beregu B15 (P) Kejohanan Badminton MSSM 2023

Hal Ehwal Murid

Sentiasa cakna dan pantas dalam pemberian bantuan kepada pelajar dan keluarga yang terkesan.

1102
Jumlah keseluruhan Pelajar
78
Jumlah Guru
10
Jumlah AKP
36
Jumlah Kelas

Latar Belakang Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun merupakan institusi pendidikan yang terletak di Batu 5, Jalan Jenjang. Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Disember 1994. Sekolah ini diterajui oleh Tuan Pengetua, Puan Zur’aiza Binti Abdul Hamid dengan kekuatan 78 guru serta 10 orang AKP.

Sekalung Budi

“Persekitaran sekolah yang kondusif mewujudkan pembelajaran yang seronok dan memupuk semangat untuk terus belajar.”

photo_2024-07-04_11-33-08

Muhammad Syafiq bin Shuhaimi

Ketua Pengawas SMK Batu 5

“PIBG sederap selangkah, seiring sejalan dengan perkembangan sekolah supaya dapat menyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan murid”

photo_2024-07-04_11-15-36

Puan Siti Marini binti Abu Seman

YDP PIBG SMK Batu 5