Piagam Pelanggan | Print |
Written by Admin S   

Kami bersedia memberi komitmen kepada semua pelanggan seperti berikut :-

 

  • Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
  • Memastikan semua murid menerima pendidikan yang berkualiti berasaskan kurikulum yang ditetapkanoleh PPD/JPNK/KPM.
  • Memastikan semua murid terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan dalam usaha memperkembangkan potensi secara seimbang dari intelek. rohani . emosi dan jasmani.
  • Memastikan segala keperluan asas untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah disediakan dengan lengkap.
  • Memastikan semua urusan peperiksaan dan pentaksiran dilaksanakan dengan cekap, adil, amanah dan sah.
  • Memastikan segala aduan kepada atau mengenai sekolah diberi jawapan dalam tempoh 1 minggu dari tarikh penerimaan.
  • Memastikan bayaran bil dan invois yang lengkap dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan.
  • Memastikan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan responsif terhadap kehendak semua pelanggan.
  • Menentukan segala surat dan rayuan kepada dan mengenai sekolah diberi jawapan dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan.
  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, teguran dan cadangan yang membina dari semua pihak demi mempertimbangkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.